Dosa meninggalkan solat
Dulu semasa muda mudi remaja, aku
antara manusia yang selalu lalai dengan solat. Memang satu hari tak
pernah full solat 5 waktu aku, terutama waktu subuh. Sejak aku dewasa
nilah baru aku bersolat secukupnya. Kalau dikenangkan terlalu banyak
dosa tak solat yang aku dah kumpul. Sebab balasan Allah kepada orang
yang tidak bersolat sangat berat, malah lebih berat dari orang yang
berzina. Bagi seorang lelaki seperti aku, selain gila dan pengsan tidak
ada sebab untuk tidak mendirikan solat waktu. Solat 5 waktu lebih berat
dari solat Jumaat. Kalau kita sakit sehingga tidak mampu berdiri dan
berjalan maka tidak wajiblah untuk bersolat Jumaat. Berbeza dengan solat
5 waktu, selagi otak waras berfikir maka ianya perlu ditunaikan
walaupun kita lumpuh dan hanya mampu menggerakkan mata.
Siksaan Allah s.w.t kepada orang yang
tidak bersolat sememangnya amat dasyat dan menggerunkan. Di bawah ini
adalah bahana akibat meninggalkan solat 5 waktu.
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan
mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat
sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di
dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan
60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1
tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh
1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan
dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim.
Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya
dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun
tak sampai.
Asar – Dosa
sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita
meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita
meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali
sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina
dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya
dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat
bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada
mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi
redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala
yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Dari ohislam.com
Marilah kita sama-sama mengingat dan
berusaha meningkatkan amal takwa kita kepada Allah s.w.t. kerana hidup
kita bukannya lama lagi. Paling kuat pun 60-70 tahun. Itu pun kalau
sampai, ajal bukan boleh diketahui bila ianya datang. Paling yang aku
sedih bila ingat balik yang aku selalu abaikan kata-kata orang tua aku
yang seringkali berleter pasal tinggal solat. Kalau dah tido, memang
terlajaklah subuh. Kalau dah pergi padang main bola, memang tak Asarlah.
Itu belum lagi dengan sikap aku yang suka melewatkan solat. Itu lah
perangai remaja aku dulu yang kerap mengabaikan tuntutan agama. Bagi
korang yang masih remaja ni beringatlah-ingatlah. Jika korang dah dewasa
baru nak tersedar, maka bertaubatlah. Bukan senang kita nak meng qadho
kan solat-solat yang kita tinggalkan bertahun-tahun. Bukanya kita ingat
pun lagi solat apa yang kita tinggalkan.
Selain bertaubat harap diampunkan Allah
s.w.t, cubalah kita mengqadhokan solat-solat yang ditinggalkan. Setiap
kali waktu solat cubalah sembahyang 2 kali. Yang satu lagi tu dengan
niat qadho. Buatlah berdasarkan tempoh dari korang mula baligh.
Andaikata kita sudah baligh pada umur 15 tahun dan sekarang sudah
berumur 30 tahun, maka doublekanlah setiap kali sembahyang selama 15
tahun lagi yakni berakhir korang qadho pada umur 45 tahun.
itu sahajalah yang kita boleh buat
selain bertaubat nasuha tidak meninggalkan sembahyang lagi. Apapun ianya
satu tindakan dari seorang hamba yang sudah menyesal dan mengakui
kesilapan yang lampau. Dan ianya lebih baik dari insan yang masih belum
sedar dan menyesal dari perbuatan meninggalkan solat walupun berumur
diambang senja. Nasihat ni untuk diri aku terutamanya, dan saling
mengingati juga kepada pembaca yang lain. Terlalu banyak kelebihan
mendirikan solat kepada kita yang sukar untuk digambarkan dengan
kata-kata. Jika kita sudah merasai manisnya solat, barulah kita faham
kenapa Allah s.w.t mewajiibkan kita bersolat.
0 komentar:
Posting Komentar